Episod Terakhir : Fasa Tujuh Perancangan Sulit Untuk Menghancurkan Islam


Sambungan Episod 3

Sebagaimana yang dirancang, aku mula berperanan menjadikan diriku umpama hamba kepada syeikh Muhammad yang dibeli di pasar. Namun hamba ini (aku) datang dari satu pengembaraan yang jauh. Begitulah seterusnya, dia memperkenalkan aku kepada rakan-rakannya sebagai seorang hamba yang baru dibeli di Basrah. Dia juga memberitahu mereka bahawa pemergiannya yang lepas ke Basrah adalah satu urusan ini dan kini hamba itu (aku) datang ke sini. Dia juga memperkenalkan diriku kepada orang ramai dengan nama ini (hamba) dan aku menetap bersamanya selama dua tahun dan kami menyediakan susunan perancangan yang perlu untuk menyebarkan dakwah. Pada tahun 1143 Hijrah, aku menguatkan azamku dan dia (syeikh Muhammad) telah mengumpulkan ramai pengikutnya. Dia mula berdakwah secara terang-terang dengan kalimah-kalimah yang tidak jelas maksudnya serta lafaz-lafaz indah yang ditujukan khusus kepada pengikut setianya. Seterusnya, syeikh Muhammad terus berusaha meluaskan seruan dakwah. Dalam masa yang sama aku sentiasa berada bersamanya sebagai kelompok yang kuat ikatannya. Kami membekalkan kewangan kepada mereka dan sentiasa menguatkan semangat mereka setiap kali mereka merasa susah hati akibat serangan musuh syeikh Muhammad terhadap beliau.

Semakin bertambah jelas dakwah maka semakin bertambah ramailah musuhnya. Adakalanya dia (syeikh Muhammad) berhasrat untuk lari daripada tekanan sesetengah khabar (berita) yang menentangnya namun aku bertindak menyemarakkan semangatnya dan aku katakan kepadanya “Nabi Muhammad (s.a.w) melihat dan melalui lebih banyak daripada ini dan keadaan ini merupakan jalan kemuliaan dan setiap kebaikan pasti akan menempuh kesukaran dan kesulitan”.

Beginilah caranya kami berhadapan dengan musuh. Kami menerkam dan berundur dan aku telah menyediakan beberapa orang perisik ke atas musuh-musuh syeikh Ahmad yang aku bayar upah mereka dengan duit. Setiap kali mereka menyebarkan fitnah, para perisik ini terlebih dahulu akan memberitahu kami niat mereka yang membolehkan kami mematahkan perancangan tersebut. Pada suatu ketika aku diberitahu bahawa sebahagian musuh syeikh Muhammad ingin memerangkapnya. Aku segera mengatur beberapa perancangan untuk mengagalkannya. Ketika mana niat musuh-musuhnya semakin jelas dengan kemahuan mereka untuk memerangkap syeikh Muhammad, perancanganku terlebih dahulu berjaya mengagalkan perancangan mereka dan menyebabkan orang ramai menjauhi diri daripada mereka.

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab telah berjanji untuk melaksanakan semua keenam-enam perancangan tersebut. Namun pada suatu hari dia memberitahuku “Ia tidak boleh dilakukan pada masa sekarang kecuali dijelaskan sebahagian daripadanya dan beginilah kedudukannya”. Syeikh Muhammad tidak mampu untuk meruntuhkan kaabah yang dikuasai oleh umat Islam. Malah umat Islam juga tidak dapat menerima satu kenyataan yang mengatakan kaabah sebagai berhala. Dalam pada itu, syeikh Muhammad juga tidak mampu mengatakan Al-Quran itu baru. Beliau begitu takutkan pemerintah di Mekah dan di Astana. Katanya “Kalau kita mengumumkan dua perkara ini sudah tentu akan dipersiapkan satu bala tentera yang tidak berpihak kepada kita (untuk menghancurkan kita)”. Aku menerima alasan beliau kerana suasana tidak membenarkan sebagaimana yang dikatakan oleh syeikh Muhammad.

Selepas beberapa tahun bertungkus lumus dengan tugas ini, kementerian mengutus Muhammad bin Saud kepada kami (mereka menghantarnya kepadaku sebagai utusan) untuk menerangkan tentang perkara tersebut dan mengumumkan wajib bekerjasama dengan dua orang Muhammad, iaitu; dengan pihak Muhammad bin Abdul Wahab perlu kerjasama dari sudut agama, manakala dengan pihak Muhammad al-Saud pula kerjasama dari sudut kuasa pemerintahan. Ini semua bertujuan untuk menguasai hati dan tubuh umat Islam. Sejarah telah mencatitkan bahawa kerajaan-kerajaan berunsur keagamaan lebih berperanan dan lebih selamat serta lebih dari segi kerahiban.

Begini caranya dan dengan demikian, pihak kami menjadi semakin kuat. Kami juga menggunakan (perisai) ibukota untuk pemerintahan dan agama baru. Kementerian turut menyediakan sejumlah wang yang mencukupi secara rahsia kepada kerajaan. Pada zahirnya, kerajaan baru telah membeli sebilangan besar para hamba yang mana mereka sebenarnya merupakan para pengawal kementerian yang terpilih (terbaik). Mereka juga telah terlatih dengan bahasa Arab dan corak peperangan di padang pasir. Mereka (bilangan mereka 11 orang) dan aku, kami bekerjasama mengatur beberapa perancangan yang telah ditetapkan. Dalam pada itu, Muhammad bin Abdul Wahab dan Muhammad al-Saud turut berperanan sebagaimana yang telah kami aturkan kepada mereka berdua daripada segala perancangan kami. Jika tidak ada sebarang arahan khas secara langsung daripada kementerian, kebanyakkan apa yang kami perbincangkan tentang satu perkara merupakan satu perbincangan bertopik (ilmiah).

Kami telah mengahwini ramai gadis-gadis daripada pelbagai kalangan puak dan kabilah. Kami begitu kagum dengan keikhlasan seorang wanita muslimah terhadap suaminya. Lantaran ini, aku semakin banyak menjalinkan hubungan antara kami dan semua puak-puak kabilah. Sekarang hubungan kami semakin bertambah baik. Malah penumpuan ke arahnya semakin kuat dari ke hari. Sekiranya tidak berlaku sebarang bencana secara mengejut, maka sudah pasti biji benih yang baik dapat ditanam agar subur dan terus subur sehinggalah muncul buah-buahan yang diharapkan.

2/1/1973

Rujukan : Buku Perancangan Perisik British Dalam Menghancurkan Negara Islam (Memo Mr.Hampery), terjemahan oleh : Hydzelan Bin Hj Hashim m/s 102-106

والله أعلم

No comments:

Post a Comment