Episod 3 : Fasa Tujuh Perancangan Sulit Untuk Menghancurkan Islam

Sambungan Episod 2

Dalam pada itu, setiausaha menyuruhku agar aku tidak mendahului hak syeikh Muhammad semasa bercakap walaupun sebesar zarrah. Menurutnya “Berdasarkan pelbagai laporan yang diperolehi daripada para petugas yang menyebut tentang syeikh Muhammad; Syeikh Muhammad merupakan individu terbaik yang boleh dipercayai untuk dijadikan kenderaan tunggangan bagi memenuhi hajat kementerian”.

Sambung setiausaha lagi “Berundinglah dengan syeikh Muhammad secara terus terang. Sebelum ini, seorang petugas kita telah bercakap dengannya secara terus terang. Hasilnya, syeikh Muhammad menerima tawaran tersebut dengan syarat kita sanggup menjaganya daripada pihak kerajaan dan para ulamak yang sudah tentu akan menerkam ke arahnya dengan pelbagai cara ketika mana dia menjelaskan segala pandangan dan pemikirannya. Kita akan menghadiahkan kepadanya harta dan senjata yang cukup apabila selesai urusan ini. Kita juga akan jadikan beliau pimpinan walaupun hanya sebagai pimpinan kecil di negerinya, Najaf. Perkara ini telah diterima oleh kementerian secara keseluruhan”.

Aku hampir-hampir terkeluar daripada kulitku kerana terlampau gembira dengan berita ini. Lantasku bertanya kepada setiausaha “Kalau begitu, pakah tugasku sekarang? Dengan apa harus aku arahkan syeikh? Di mana harusku mulai?”. Jawab setiausaha “Kementerian telah menetapkan satu perancangan teliti yang perlu dilaksanakan oleh syeikh Muhammad, iaitu;

  1. Mengkafirkan semua umat Islam serta mengharuskan pembunuhan mereka, merampas harta benda dan menutup kemahuan mereka, menjual mereka di pasar-pasar hamba. Kaum lelaki akan dijadikan hamba manakala kaum perempuan dijadikan gundik.
  1. Memusnahkan kaabah atas nama ia merupakan peninggalan penyembah berhala disamping menegah orang ramai daripada menunaikan fardhu haji dan mengejutkan kabilah-kabilah dengan menculik jamaah haji serta membunuh mereka.
  1. Berusaha membuang ketaatan terhadap khalifah, melakukan kejutan untuk memeranginya dan mempersiapkan bala tentera bag (bagi) tujuan tersebut. Perlu memerangi pemuka al-Hijaz(pemerintah al-Hijaz)melalui segala bentuk perantaraan serta mengurangkan jumlah mereka yang terselamat.
  1. Memusnahkan segala kubah, kubur dan tempat suci umat Islam di Mekah dan Madinah serta di negeri-negeri lain yang mungkin dilakukan atas nama penyembahan berhala, syirik, menghina peribadi nabi Muhammad (s.a.w) dan para khulafanya dan beberapa individu Islam dengan apa jua cara yang mudah baginya.
  1. Menyebarkan kacau bilau dan pemberontakan di negeri dengan kadar kemampuannya.
  1. Menyebarkan al-Quran bahawa terdapat padanya al-ta’dil (tidak disabitkan dengan sebarang kecacatan dalam sesuatu riwayat) sebagaimana yang kekal dalam hadith-hadith dengan apa saja bentuk penambahan dan pengurangan sama ada dari segi lafaz hadith (matan) atau perawi.
Selepas menjelaskan kepadaku tentang perancangan tersebut, setiausaha berpesan kepadaku “Perancangan yang padat ini tidak akan mengejutka(n)mu. Oleh itu, kita wajib berusaha sedaya upaya menyebarnya. Generasi seterusnya akan muncul untuk menyempurnakan perjalanan rancangan ini. Malah kerajaan Great Britian juga menetapkannya ke atas jiwa yang panjang (panjang umur), perjalanannya selangkah demi selangkah. Adakah nabi merupakan seorang lelaki yang mampu melakukan rampasan kuasa? Maka Muhammad bin Abdul Wahhab pun patut sepertimana nabinya Muhammad berupaya melakukan rampasan kuasa yang dirancang”.

Selepas beberapa hari, aku meminta izin daripada menteri dan setiausaha untuk berangkat. Kemudian aku mengucapkan selamat jalan kepada ahli keluarga dan rakan-rakanku. Selepas perjalanan panjang, aku sampai di sana pada waktu malam dan terus menuju kerumah Abdul ridha. Pada masa aku sampai di rumahnya, dia sedang tidur. Setelah dia sedar dan melihatku, dia terus meluru menyambutku dengan penuh kehangatan. Aku bermalam di situ hingga pagi dan dia (Abdul Ridha) berkata kepadaku Syeikh Muhammad telah pulang ke Basrah. Kemudian dia sekali keluar mengembara dan meninggalkan sepucuk surat untukmu”. Aku membaca suratnya pagi itu. Dalam surat tersebut, dia memberitahuku bahawa dia keluar menuju ke Najd serta menyatakan alamat tempat tinggalnya di Najd. Pada keesokkan pagi yang ditetapkan, aku menuju ke Najd dan aku sampai di sana selepas mengharungi kesulitan. Aku temui al-syeikh Muhammad di rumahnya. Dia kelihatan begitu lemah dan tidak dapat melakukan apa-apa. Dia juga memberitahuku bahawa dia sudah berkahwin dan sentiasa menghabiskan tenaganya bersama isterinya. Aku menasihati syeikh Muhammad agar meninggalkan isteinya dan dia menerima nasihatku.

Rujukan : Buku Perancangan Perisik British Dalam Menghancurkan Negara Islam (Memo Mr.Hampery), terjemahan oleh : Hydzelan Bin Hj Hashim m/s 99-102

والله أعلم

No comments:

Post a Comment