Episod 1 : Memo Mr.Hampery


Muqaddimah

Buku ini merupakan terjemahan kepada segala catatan salah seorang perisik British yang dikenali dengan nama Mr.Hampery. Beliau ditugaskan untuk memporak perandakan dan memecah belahkan umat Islam. Memo ini telah dicatatkan oleh beliau sendiri selepas pihak British Berjaya menguasai sebahagian besar negeri-negeri Islam. Pada awalnya, memo ini telah diterbitkan di Germany dalam bentuk artikel bersiri dalam sebuah majalah tajuk “Pengakuan Hampery”. Selepas perang dunia kedua, ia kemudiannya juga diterjemahkan dalam bahasa Peranchis dan diterbitkan dalam sebuah majalah di Peranchis. Ekoran ini, seorang anak watan Lubnan yang merahsiakan identitinya turut menterjemahkannya  dalam bahasa Arab. Memo ini juga telah diterjemahkan dalam bahasa Arab pada awal 1973 oleh seorang insan yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Dr.J.Kha. berasaskan terjemahan yang lakukan oleh Dr.J.Kha ini, penulis mengambil inisiatif untuk menterjemahkannya pula dalam bahasa Melayu.

Susulan daripada peperangan salib pada zaman King Louis –xvi Peranchis dan King Richard The Lion Heart of England, umat Kristian mengalami kekalahan yang teruk dan amat memalukan mereka di tangan tentera Salahudin al-Ayubi. Dalam peperangan tersebut, King Louis Berjaya ditawan dan akhirnya mati dalam penjara. Manakala King Richard The Lion Heart pulang ke England dengan penuh kekecewaan. Lantaran ini, umat Kristian mulai berdendam dan ingin menakluki negeri-negeri yang berada di bawah kekuasaan umat Islam serta memporak perandakan aqidah umat Islam. Bagi mereka, semua negeri yang dikuasai oleh sistem pemerintahan Islam adalah merupakan negeri-negeri mereka yang dirampas dan dijajah oleh umat Islam. Sehubungan ini, mereka berusaha mengambil balik negeri-negeri itu dengan apa jua cara sekalipun.

Semenjak hari itu, segala perancangan dan usaha jahat untuk menebus kembali kekalahan mereka dalam peperangan salib sentiasa membuak-buak. Sebahagian daripada perancangan tersebut dicatit oleh Mr.Hampery dalam memonya. Mudah-mudahan terjemahan Memo Mr.Hampery dalam bahasa Melayu ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.

Rujukan : Buku Perancangan Perisik British Dalam Menghancurkan Negara Islam (Memo Mr.Hampery), terjemahan oleh : Hydzelan Bin Hj Hashim m/s 3-4

Bersambung: Fasa Tujuh : Perancangan Sulit Untuk Manghancurkan Islam. (ada 19 14 rancangan dan  6 rancangan yang dirancang oleh British untuk dilakukan oleh orang Islam iaitu Muhamad bin Abdul Wahhab – kepala wahabi)

والله اعلم

No comments:

Post a Comment