Ringkasan Siapakah Wahhabi?


Ajaran Wahhabi diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab, 1206H. Beliau telah mendorong para pengikutnya mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka. Saudara kandungnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab sering memberi peringatan kepada umat Islam di zamannya agar tidak mengikut ajaran kufur Muhammad bin Abdul Wahhab kerana ajaran itu menghina ulama’ Islam serta mengkafirkan umat Islam. (Sila rujuk dua kitab karangan Syeikh Sulaiman tersebut:”Fashlul Khitob Fir Roddi ‘ala Muhammad bin Abdul Wahhab” dan kitab “Sawai’qul Ilahiyah Fir Roddi ‘ala Wahhabiyah”). Bapanya juga yang bernama Abdul Wahhab, salah seorang alim ulama’ dalam mazhab Hanbali turut memarahi anaknya iaitu Muhammad bin Abdul Wahhab kerana enggan mempelajari ilmu Islam mengikut cara-cara ulama’ yang terdahulu. Beliau menyatakan kepada para ulama:

Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab ini”.
(Sila rujuk kitab:”As-Suhubul Wabilah ‘ala Dhoroi’hil Hanabilah” cetakan Maktabah Imam Ahmad m/s 275).

Demikianlah saudara kandungnya sendiri dan bapanya mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan ajaran yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab yang sesat ini. Perlu diketahui bahawasanya golongan Wahhabi dewasa ini menamakan diri mereka sebagai Salafi (1) atau Salafiah, kononnya mengikut manhaj Ahli Salaf, sedangkan pegangan mereka (Wahhabi) sama sekali bercanggah dengan pegangan ulama-ulama salaf. Antara pegangan Wahhabi ialah mereka beriktiqad bahawa Allah adalah jisim duduk di atas arasy dan mempunyai tempat (2). Ini memang jelas bercanggah dengan pegangan ulama Salaf. Seorang ulama besar yang hidup di zaman salaf yang mana beliau dianggap sebagai ulama Salafi yang masyhur di zamannya telah berkata di dalam risalah Aqidahnya yang masyhur:

ولاتَحْوِيْهِ الجِهَاتُ السِتُ كَسَائِر المُبْتَدَعَاتِ
Maknanya: “Dan tidak meliputiNya arah (lokasi) yang enam seperti sekalian makhluk”.

Maka ternyatalah bahawa pegangan Wahhabiah memang jelas bertentangan dengan ulama-ulama Salaf, dan mereka cuba menipu umat Islam dengan menamakan diri mereka dengan Salafi atau Ahli Salaf. Jangan sekali-kali terpedaya dengan Wahhabi dengan Salafi. Alangkah jahilnya mereka yang mengikut dan memuji serta mempertahankan golongan Wahhabiah yang sesat ini.

Rujukan : Buku Penjelasan Peristiwa Israk Dan Mikraj Dari Kaca Mata Ahli Sunnah Wal Jama’ah tulisan Ahmad Faidzurrahim Hj Mohd Alwi m/s 26 nota kaki nombor 10

(1)               “…Bermula mereka itu (golongan Salaf) orang yang adalah mereka itu  di dalam masa dahulu daripada lima ratus tahun. Dan kata qil, di dalam kurun yang ketiga iaitu kurun sahabat dan tabi’in dan tabi’ al-Tabi’in.

Rujukan : (Rumi) Kitab Aqidatun Najin Fil ‘ilmi Usuliddin karangan Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fathani, pengalihan bahasa oleh Ustazah Noraine Abu m/s 133 bab Golongan Khalaf dan Salaf dan (Jawi) pada m/s 49 barisan ke-17 daripada atas “..bermula mereka itu..”

(2)               “…(Surah Al-Nahl: Ayat 50). Maka Ahli Salaf berkata mereka itu atas itu: Tiada kami ketahui akan dia, tetapi Maha Suci Tuhan itu bertempat di atas. Dan Khalaf berkata mereka itu: Murad dengan puak itu tinggi pada kebesaran…”
“…Dan setengah daripadanya: (Surah Thaha: Ayat 5). Maka Salaf berkata mereka itu: Tiada kami ketahui akan hakikat tetinggi itu tetapi Maha Suci zatNya itu berhubung dengan ‘Arasy. Dan Khalaf berkata mereka itu: Bermula murad dengan tertinggi di atas ‘Arasy itu memerintah dan memilik jua..”

Rujukan : (Rumi) Kitab Aqidatun Najin Fil ‘ilmi Usuliddin karangan Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fathani, pengalihan bahasa oleh Ustazah Noraine Abu m/s 135 bab Golongan Khalaf dan Salaf dan (Jawi) pada m/s 50 barisan ke-3 daripada atas.

           …Sesungguhnya ada perkataan di dalam Qur’an dan hadith yang menyebut muka dan tangan Allah, maka perkataan itu hendaklah kita I’tiqad thabit secara yang layak dengan Allah Ta’ala, yang Maha Suci daripada berjisim dan Maha Suci daripada bersifat dengan segala sifat yang baharu, maka tiada yang mengetahui akan dia melainkan Allah Ta’ala jua. Demikian inilah perjalanan I’tiqad sekalian sahabat dan orang yang mengikut sahabat dan orang yang mengikut bagi mengikut sahabat yang dinamakan ‘ulama’ mutaqaddimin.
Tetapi ‘ulama’ muta’akhirin telah berkata adalah perkataan yang disebut di dalam Qur’an dan Hadith mengatakan muka dan tangan bagi Allah Ta’ala itu ialah yang dikehendaki dengan muka itu dzat dan yang dikehendaki tangan itu qudrat, demikian lagi tiap-tiap perkataan yang seumpama itu dita’wil (ditanggungkan) dengan perkara yang munasabah daripada segala sifat yang thabit bagi Allah Ta’ala.
Maka di antara i’tiqad-i’tiqad ini yang lebih sentosa ialah i’tiqad ‘ulama’ mutaqaddimin.

Rujukan : (Rumi) Kitab Risalah At-Tauhid karangan Allahyarham yang berhormat Dato’ Haji ‘Abdullah bin ‘Abdul Rahman, bekas Yang Dipertua Jabatan Agama Johor daripada sebuah kitab tauhid di dalam bahasa ‘Arab yang telah ditetapkan oleh Menteri Pelajaran Mesir, jadi pelajaran di dalam sekolah-sekolah Mesir, pengalihan bahasa oleh Ustazah Noraine Abu m/s 31-32 dan (Jawi) pada m/s 18 barisan ke-9 daripada atas.

والله أعلم

2 comments:

  1. Didalam Al Quran ada kata yad dan wajh bagi Allah apa yang Allah kehendaki. Untuk mahluk yad berarti tangan dan wajh berarti muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. betul.. tapi bagi mereka yang tiada faham akan usuluddin, mengatakan Allah juga bertangan dan berwajah tetapi bertangan dan berwajah yang layak bagi Allah..

      Delete