Episod 2 : Fasa Tujuh : Perancangan Sulit Untuk Menghancurkan Islam


Akhirnya setiausaha memberitahuku tentang rahsia kedua seperti mana yang dijanjikan. Pada awalnya, aku begitu sedih dengan sikapnya terutama sekali selepas aku mengetahui tentang rahsia pertama, ternyata tidak ada rahsia kedua kecuali selepas perjanjian untuk menghabiskan sebanyak lima puluh halaman yang mendedahkan segala perancangan yang diimpikan untuk menghancurkan Islam dan kaum muslimin dalam tempoh satu kurun sehingga Islam akan tinggal cerita sahaja selepas ia merupakan satu hakikat. Perjanjian tersebut ditujukan kepada para pimpinan yang bertugas di kementerian. Perjanjian tersebut terdiri daripada empat belas perkara. Perjanjian ini memberi ingatan tentang kegagalannya dan mengarah perkara ini dirahsiakan agar tidak diketahui oleh kaum muslimin dan mereka akan terus membuat perancangan yang bertentangan. Hasil perjanjian itu ialah;

  1. Kerjasama yang utuh bersama kerajaan Rusia untuk menguasai penempatan-penempatan Islam di Bukhara, Tarjikistan, Armania, Kharasan dan seterusnya. Beginilah kerjasama yang utuh bersama mereka dalam usaha menguasai setiap penjuru negara Turki yang bermusuhan dengan Rusia.
  1. Kerjasama yang utuh bersama kerajaan Peranchis dan Rusia dalam mengatur perancangan yang sempurna untuk menghancurkan dunia Islam dari dalam dan luar.
  1. Menimbulkan persengketaan dan perselisihan yang teruk antara negara Turki dan Farsi serta menghidupkan api kemarahan antara kedua-dua belah pihak dan mencetuskan persengketaan dikalangan kabilah-kabilah dan rakyat masyarakat Islam di persekitaran kedua-dua buah negara. Manakala di negeri-negeri Islam, pelbagai mazhab keagamaan dihidupkan temasuklah mazhab yang telah pupus lalu dicetuskan persengketaan antara mereka.
  1. Menyerahkan sebahagian penempatan daripada negeri-negeri Islam ke tangan golongan bukan Islam; (1) Yatsrib kepada Yahudi, (2) Iskandariah kepada Kristian, (3) Yazzah kepada golongan Zaradasht Paris, (4) Imarah kepada golongan yang memuja Ali bin Abi Talib, (6) al-Muassal kepada golongan Yazidiyah, (7) Teluk Farsi kepada golongan Hindu, (8) Tripoli kepada golongan al-Daruz, (9) Qaridh kepada golongan al-Alawiyah, (10) Masqat kepada Khawarij. Susulan ini, semua golongan ini perlu diberi sokongan kewangan, senjata dan teknik-teknik perancangan serta pengalaman agar semua kelompok ini menjadi duri dalam badan Islam yang akan memperluaskan negeri masing-masing hingga akhirnya akan menghancurkan seluruh negeri-negeri Islam.
  1. Perancangan untuk lebih banyak memperalatkan dua buah kerajaan Islam Turki dan Farsi daripada kerajaan-kerajaan kecil yang bertelagah sebagaimana yang wujud di Hindi sekarang dengan menggunakan kaedah “kumpulan penghalang” dan “ kumpulan pemusnah”.
  1. Menyerap pelbagai bentuk agama dan mazhab yang diubahsuai di dalam negeri-negeri Islam dengan teknik yang halus. Pada masa yang sama perlu juga mempersendakan agama-agama tersebut serta mengangkat taraf penduduk negeri tersebut. Sebagai contoh, penyerapan masuk empat buah agama dalam negeri yang dihuni oleh majority syiah seperti agama yang menyembah Husain bin Ali, agama yang menyembah Jaafar bin al-Sadiq, agama yang menyembah al-Mahdi yang dinanti kemunculannya dan agama yang menyembah Ali Ridha. Manakala lokasi-lokasi yang sesuai dengan penyebaran agama-agama ini ialah; (1) Karbala, (2) Isfahan, (3) Samira’ dan (4) Kharasan. Perlu juga dibiarkan empat mazhab sunniah dalam keadaan bebas tanpa sebarang pertalian antara satu sama lain serta menimbulkan perbalahan sesama mereka serta dicatit dalam kitab-kitab mereka agar setiap kelompok tersebut menganggap hanya mereka sahaja yang beragama Islam. Sementara kelompok-kelompok selain daripada mereka merupakan golongan kuffar yang wajib dibunuh dan dihapuskan.
  1. Menyebarkan pelbagai bentuk kerosakkan seperti zina, arak dan judi dikalangan kaum muslimin. Sehubungan ini, perantaraan terbaik untuk melakukan tugas ini ialah para penganut agama-agama silam yang masih wujud dalam negeri ini. Sebahagian daripada mereka merupakan askar-askar yang bengis untuk tujuan ini.
  1. Mengutamakan usaha pemerintah untuk mengekalkan orang-orang jahat di dalam negeri. Mereka akan jadikan alat yang dikuasai oleh kementerian. Golongan ini akan melakukan segala arahan kementerian serta menghindari segala tegahannya. Menyerapkan hajat kita kepada golongan bukan Islam terhadap negeri dan umat Islam. Sebaik-baiknya seorang hakim bukannya beragama Islam. Perlu mengIslamkan beberapa individu sebagai satu gambaran. Kemudian mereka dihantar bertugas di pusat-pusat kehakiman untuk melaksanakan segala hajat. (mereka sebagai perantara)
  1. Menghalang perkembangan bahasa Arab dengan memperluaskan penggunaan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Sanskrit, Peranchis, Kurdish dan Bushto. Dalam masa yang sama, bahasa Arab hanya dibiarkan hidup di negeri-negeri Arab sahaja serta memperluaskan penggunaan loghat-loghat Arab daripada Arab Fushah yang merupakan bahasa al-Quran dan bahasa al-sunnah.
  1. Menyerapkan para petugas disekeliling pemerintah dan meletakkan mereka hingga ke peringkat penasihat bagi para pemerintah agar pihak kementerian berjaya menguasai mereka melalui para penasihat. Cara terbaik ialah melalui hamba (budak suruhan) yang memiliki kemampuan yang tinggi. Mereka perlu dilatih di kementerian kemudian dijual kepada mereka yang hampir kepada pemerintah di pasar-pasar jualan hamba. Golongan ini berperanan seperti anak-anak, isteri-isteri dan mereka yang memberi pandangan kepada para pemerintah sehinggalah mereka berjaya  mendekati para pemerintah secara beransur-ansur. Selepas itu mereka akan berperanan sebagai ibu dan penasihat kepada para pemerintah dan mengelilingi mereka bagaikan gelang dipergelangan tangan.
  1. Menyebarkan berita gembira dengan kemasukan para mubaligh kristian di setiap peringkat terutama sekali dalam golongan akauntan, doktor perubatan, jurutera dan sesiapa sahaja yang cenderung kearah mereka. Disusuli pula dengan penubuhan gereja, sekolah, pusat kesihatan, perpustakaan dan pertubuhan kebajikan di negeri-negeri Islam secara percuma. Amat penting untuk meletakkan sekali sejarah Masihi bersebelah dengan sejarah Islam. Seterusnya, meletakkan beberapa orang perisik dan petugas di rumah-rumah ibadat dengan nama rahib atau pendita. Peranan mereka akan memudahkan perhubungan dan pergerakkan kristian serta mengawasi pergerakkan kedudukan kaum muslimin. Perlu menyusun angkatan tentera yang keras daripada kalangan ulamak untuk merosakkan sejarah Islam dan mengekalkannya dalam kitab-kitab mereka selepas melakukan pengamatan yang sempurna ke atas keadaan (status) mereka.
  1. Menggerakkan para pemuda, gadis-gadis dan anak-anak kaum muslimin serta menimbulkan keraguan mereka dalam masalah agama dan merosakkan akhlak mereka melalui perantaraan pusat-pusat pengajian, buku-buku, kelab-kelab, penyebaran media masa dan rakan-rakan non-muslim (bukan beragama Islam) yang akan melaksanakan urusan ini. Perlu juga menubuhkan beberapa buah pertubuhan secara rahsia yang dianggotai oleh para pemuda Yahudi, Nasrani dan selainnya agar mereka memburu para pemuda muslimin dengan segala bentuk kaedah.
  1. Menyalakan api peperangan dan pelbagai bentuk pemberontakan dalaman dan juga pemberontakan berhampiran sempadan negeri antara kaum muslimin dan golongan bukan Islam dan juga antara golongan muslimin sesama mereka sepanjang masa. Semua ini bertujuan untuk menghancurkan kekuatan kaum muslimin, melalaikan mereka daripada memikirkan tentang kemajuan dan penyatuan jamaah serta mengeluarkan kemampuan pemikiran dan punca kewangan mereka. Selepas itu, golongan pemuda Islam dan pihak yang menganjurkan segala kegiatan perlu dihancurkan disamping melakukan huru-hara dan melibatkan mereka di dalam keadaan huru-hara.
  1. Menghancurkan segala bentuk punca ekonomi mereka dari sudut pertanian dan kehidupan serta memusnah empangan air dan menyekat pengairan sungai untuk menghalang serta menjauhkan mereka daripada pekerjaan dan membuka tempat-tempat bertujuan untuk merosakkan kaum muslimin dengan memperbanyakkan penggunaan candu dan segala jenis dadah.
Semua perkara ini dijelaskan dengan begitu terperinci berserta peta-peta, gambar dan lakaran bentuk (rajah). Aku mengucapkan teriama kasih kepada setiausaha di atas gambaran yang diberikan tentang perjanjian tersebut. Aku menyambung cutiku di London selama sebulan. Selepas itu, aku menerima arahan untuk menuju ke Iraq buat kali kedua. Pemergianku kali ini bertujuan untuk menyempurnakan tugasku satu pusingan lagi bersama syeikh Muhammad bin abdul Wahhab.

Rujukan : Buku Perancangan Perisik British Dalam Menghancurkan Negara Islam (Memo Mr.Hampery), terjemahan oleh : Hydzelan Bin Hj Hashim m/s 93-99

والله أعلم

No comments:

Post a Comment