Soal Jawab : Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab


(Fasal Yang Kedelapan Soal dan Jawab)

(S)       apakah mazhab tuan?
(J)        saya tiada bermazhab dan saya tiada taqlid akan imam mujtahid!

(S)       kerana apa tuan tiada bermazhab dan tiada taqlid?
(J)        saya tiada bermazhab dan tiada taqlid kerana keduanya haram!

(S)       adakah dalil tuan atas haram bermazhab dan taqlid itu?
(J)        ya, ada daripada Quran dan Hadith!

(S)       ayat yang mana menunjukkan atas haram bermazhab?
(J)        banyak, setengah daripadanya ayat


وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً
Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu
tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan
dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan.

dan ayat
اتَّخَذُواْ أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَاباً مِّن دُونِ اللَّهِ
Mereka menjadikan pendeta dan ahli-ahli agama
mereka sebagai pendidik selain dari Allah.

(S)       apa jalan menunjukkan dua ayat ini atas haram bermazhab dan taqlid?
(J)        Saya tiada tahu, tuan Hasan Bandung berkata Allah Ta’ala melarang muslimin 
            bermazhab didalam dua ayat ini!

(S)       kalau begitu tuan bertaqlid akan Hasan Bandung, dan yang haram taqlid itu akan
            imam-imam yang empat sahaja?
(J)        rasanya tidak!

(S)       adakah ulama’ tafsir yang menafsirkan akan dua ayat itu dengan haram bermazhab
            dan taqlid?
(J)        entahlah! Kerana saya hanya membaca Tafsir Jalalain sahaja, dan didalamnya tiada
            ada berkata dngan haram bermazhab!

(S)       bolehkah ditafsirkan ayat Quran dan  Hadith dengan mengikut fikiran kita sahaja?
(J)        rasanya tiada boleh, kerana sabda Nabi s.a.w :
مَنْ قَلَ فِى الْقُرْآنِ بِغَيْرِ عِلْمٍ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Ertinya barang siapa berkata pada Quran dengan
ketiadaan pengetahuan maka hendaklah
membuat tempat ia baginya didalam api neraka!

(S)       manakah Hadith yang jadi dalil atas haram bermazhab?
(J)        iaitu Hadith أَطِيعُنِي مَاكُنْتُ بَيْنَ أَظْهُرِكُمْ dan Hadith تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ dan Hadith مَنْ أُفْتِيَ بِغَيْرِ ثَبْتِ

(S)       adakah tiga Hadith itu mengatakan haram bermazhab?
(J)        ya, ada!

(S)       siapakah yang berkata dengan bahawasanya Hadith yang tiga ini dalil bagi haram
            bermazhab?
(J)        Hasan Bandung didalam risalahnya (Al-Mazhab)!

(S)       jalan mana menunjukkan Hadith yang tiga ini atas haram bermazhab?
(J)        entahlah! Saya tak tah, hanya saya mengikut akan Hasan Bandung!

(S)       yang mana lebih baik kita ikut Hasan Bandung atau Imam Syafi’e?
(J)        entahlah! Barang kali lebih baik kita ikut Imam Syafi’e kerana ‘ilmunya lebih banyak
            dan ia ‘alim Quraisy yang memenuhi ‘ilmunya akan muka bumi!

(S)       dari manakah tuan mengambil hukum?
(J)        dari Quran dan Hadith!

(S)       adakah cukup pada tuan segala syarat ijtihad?
(J)        ya cukup! Kerana saya sudah biasa mengajarkan Fathul Mu’in!

(S)       adakah didalam Quran dan Hadith menerangkan akan bahawasanya orang yang
            tahu bahasa arab qadar dapat mengajar Fathul Mu’in boleh memeriksa 
            hukum-hukum dari Quran dan sunah?
(J)        tentu tidak!

(S)       adakah sahabat atau ulama’ yang berkata dengan itu perkataan?
(J)        rasanya tidak ada melainkan Hasan Bandung!

(S)       dari mana Hasan Bandung mengambil akan perkataan yang tersebut?
(J)        entahlah! Tetapi berkata ia : guru-guru yang sudah boleh mengajar Fathul Qorib 
            saya tanggung boleh memaham dari Quran dan Hadith dengan mudah. Asal sahaja
            rajin dan berani buang taqlid yang ditaqlid dia! Maka saya ini didalam tanggungan
            Hasan Bandung!

(S)       adakah orang yang lain sahaja yang diminta mendatangkan dalil dari Quran dan
            Hadith? Adapun Hasan Bandung maka tiada perlu mendatangkan  dalil daripada
            Quran dan Hadith atas segala perkataan?
(J)        tentu tidak! Kerana semua manusia itu bersamaan, seperti menuntut Hasan
            Bandung daripada kita akan alasan daripada Quran dan Sunnah tentu boleh juga
            kita tuntut daripadanya akan keterangan yang seperti itu!

(S)       kerana apa guru-guru yang biasa mengajarkan Fathul Mu’in dan pengarang bagi
            Fathul Mu’in sendiri dan gurunya Ibnu Hajar tiada meninggalkan mazhab dan taqlid?
(J)        tersebut didalam risalah Hasan Bandung : (tetapi lantaran takut dikata jadi kaum
            muda, jadi kaum wahabi lantaran hilang pengaruh maka kiyai-kiyai dan guru-guru
            tidak mahu berubah daripada mengaku bermazhab Syafi’e dengan palsu)1

(S)       dengan apa mengetahui oleh Hasan Bandung akan yang demikian itu? Adakah
            tersebut demikian itu didalam Quran dan Hadith?
(J)        entahlah! Rasanya tiada ada didalam Quran dan Hadith!

(S)       adakah telah membelah ia akan segala hati kiyai-kiyai dan guru-guru itu?
(J)        rasanya tidak!

(S)       tiadakah perkataan itu daripada jahat sangkanya terhadap kepada saudara
            saudaranya muslimin?
(J)        entahlah!

(S)       adakah orang yang mujtahid bersifat jahat sangka? Pada hal Allah Ta’ala berfirman :
            “bahawasanya setengah daripada zhon itu dosa”.
(J)        rasanya tidak! Kerana sekalian imam yang empat semuanya sangat takut akan Allah
            Ta’ala dan sangat zuhud lagi sangat wara’ lagi sangat banyak ‘ilmu mereka itu!

(S)       jikalau begitu mana yang lebih layak kita ikut? Imam-imam yang empat yang sangat
            takut akan Allah Ta’ala itukah atau Hasan Bandung yang jahat sangka itu?
(J)        tentu lebih baik kita ikut imam-imam yang empat!

(S)       apa sebab lebih baik kita mengikut imam-imam yang empat?
(J)        [pertama] kerana mereka itu daripada qurun yang tiga yang mensaksikan baginya
            oleh Rasulullah saw dengan keadaan lebih baik [kedua] segala mazhab mereka itu
            dihimpun akan segala kitabnya, [ketiga] segala mazhab mereka itu diriwayatkan
            dengan jalan mutawattir. Adapun jalan orang yang mewajibkan ijtihad dan mengambil
            hukum daripada Quran dan Hadith atas sekalian muslimin seperti Hasan Bandung
            maka tiada mengikut akan ini jalan melainkan tiap-tiap yang taqlid yang mengikut
            hawa nafsunya, dan redha ia daripada dirinya, kerana membangsakan ia akan dia
            kepada ijtihad pada ketika tiada sampai ia kepada satu pangkat daripada segala
            pangkat. Berkata akan dia oleh guru kami Almarhum As-Syeikh Muhammad ‘Ali
            Al-Maliki didalam risalahnya (المسٸلة المهمة) والله أعلم

(Penutup)

Taqlid dan bermazhab tiada haram atas sekalian orang awam. Allah ta’ala tiada ada melarang akan orang awam daripada bermazhab (bertaqlid pada furu’). Rasulullah saw tiada melarang umatnya (yang awam) daripada bermazhab. Sahabat r.a tiada ada melarang akan orang awam daripada bermazhab. Bahkan ijma’ mereka itu atas membiarkan orang awam pada taqlid. Tabi’un dan tabi’uttabi’in tiada melarang mereka itu akan orang awam daripada bermazhab. Imam-imam yang empat tiada melarang akan orang awam daripada bermazhab.

Dengan sebab yang tersebut diketahui akan bahawasanya bermazhab dan taqlid tiada haram. Adapun segala keterangan Hasan Bandung pada fasal yang 13 sudah kami periksa, maka tiada ada padanya sesuatu yang sah jadi dalil atas haram bermazhab.

Sebagai penyudah aku bersedia buat bertukar fikiran dengan Hasan Bandung dan mereka yang mengharamkan bermazhab atau mengwajibkan keluar daripada mazhab.

Wajib atas orang yang mendakwa akan haram bermazhab dan akan wajib keluar dari mazhab mendatangkan dalil daripada Quran atau Hadith atau ijma’ atau qias.

والله أعلم

(1)        boleh ruju’ disini (Soal-Jawab) Dalam Kumpulan Risalah A.Hassan

Rujukan :         Kitab Al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab, karangan Syeikh ‘Abdul
                        Qadir bin ‘Abdul Mutthalib Al-Indonesi Al-Mandili m/s53-58

Kitab Al-Mazhab Atau Tiada Haram Bermazhab



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمىٰنِ الرَّحِيم
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ وَسَلَامٌ عَلَى عِبَدِهِ الَّذِينَ ٱصْطَفَى
Amma-ba’du, maka ini sebuah kitab yang kecil, yang mengandung ia akan hukum bermazhab dan taqlid, hamba susunkan dia kerana permintaan Tuan Guru Haji Hasan Ahmad Fathoni, yang memberi ia akan hamba akan sebuah risalah (Al-Mazhab, Wajibkah atau Haramkah bermazhab?). Yang terbangsa kepada Al-Fadhil Tuan Hasan Bandung, dan menyuruh ia akan hamba dengan menerangkan barang yang didalamnya daripada sekalian yang menyalahi. Maka kerana tiada dapat hamba menyalahi permintaannya itu terpaksalah hamba menyusun akan ini risalah, sekalipun hamba tiada ahli bagi yang demikian itu. Dan hamba namakan dia dengan (Al-Mazhab) Atau Tiada Haram Bermazhab, mudah-mudahan menjadikan dia oleh Allah Ta’ala ikhlas, serta member manfaat ia bagi hamba sendiri dan bagi sekalian saudara yang beragama Islam, إِنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ

Penyusun

والله أعلم

Episod Terakhir : Fasa Tujuh Perancangan Sulit Untuk Menghancurkan Islam


Sambungan Episod 3

Sebagaimana yang dirancang, aku mula berperanan menjadikan diriku umpama hamba kepada syeikh Muhammad yang dibeli di pasar. Namun hamba ini (aku) datang dari satu pengembaraan yang jauh. Begitulah seterusnya, dia memperkenalkan aku kepada rakan-rakannya sebagai seorang hamba yang baru dibeli di Basrah. Dia juga memberitahu mereka bahawa pemergiannya yang lepas ke Basrah adalah satu urusan ini dan kini hamba itu (aku) datang ke sini. Dia juga memperkenalkan diriku kepada orang ramai dengan nama ini (hamba) dan aku menetap bersamanya selama dua tahun dan kami menyediakan susunan perancangan yang perlu untuk menyebarkan dakwah. Pada tahun 1143 Hijrah, aku menguatkan azamku dan dia (syeikh Muhammad) telah mengumpulkan ramai pengikutnya. Dia mula berdakwah secara terang-terang dengan kalimah-kalimah yang tidak jelas maksudnya serta lafaz-lafaz indah yang ditujukan khusus kepada pengikut setianya. Seterusnya, syeikh Muhammad terus berusaha meluaskan seruan dakwah. Dalam masa yang sama aku sentiasa berada bersamanya sebagai kelompok yang kuat ikatannya. Kami membekalkan kewangan kepada mereka dan sentiasa menguatkan semangat mereka setiap kali mereka merasa susah hati akibat serangan musuh syeikh Muhammad terhadap beliau.

Semakin bertambah jelas dakwah maka semakin bertambah ramailah musuhnya. Adakalanya dia (syeikh Muhammad) berhasrat untuk lari daripada tekanan sesetengah khabar (berita) yang menentangnya namun aku bertindak menyemarakkan semangatnya dan aku katakan kepadanya “Nabi Muhammad (s.a.w) melihat dan melalui lebih banyak daripada ini dan keadaan ini merupakan jalan kemuliaan dan setiap kebaikan pasti akan menempuh kesukaran dan kesulitan”.

Beginilah caranya kami berhadapan dengan musuh. Kami menerkam dan berundur dan aku telah menyediakan beberapa orang perisik ke atas musuh-musuh syeikh Ahmad yang aku bayar upah mereka dengan duit. Setiap kali mereka menyebarkan fitnah, para perisik ini terlebih dahulu akan memberitahu kami niat mereka yang membolehkan kami mematahkan perancangan tersebut. Pada suatu ketika aku diberitahu bahawa sebahagian musuh syeikh Muhammad ingin memerangkapnya. Aku segera mengatur beberapa perancangan untuk mengagalkannya. Ketika mana niat musuh-musuhnya semakin jelas dengan kemahuan mereka untuk memerangkap syeikh Muhammad, perancanganku terlebih dahulu berjaya mengagalkan perancangan mereka dan menyebabkan orang ramai menjauhi diri daripada mereka.

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab telah berjanji untuk melaksanakan semua keenam-enam perancangan tersebut. Namun pada suatu hari dia memberitahuku “Ia tidak boleh dilakukan pada masa sekarang kecuali dijelaskan sebahagian daripadanya dan beginilah kedudukannya”. Syeikh Muhammad tidak mampu untuk meruntuhkan kaabah yang dikuasai oleh umat Islam. Malah umat Islam juga tidak dapat menerima satu kenyataan yang mengatakan kaabah sebagai berhala. Dalam pada itu, syeikh Muhammad juga tidak mampu mengatakan Al-Quran itu baru. Beliau begitu takutkan pemerintah di Mekah dan di Astana. Katanya “Kalau kita mengumumkan dua perkara ini sudah tentu akan dipersiapkan satu bala tentera yang tidak berpihak kepada kita (untuk menghancurkan kita)”. Aku menerima alasan beliau kerana suasana tidak membenarkan sebagaimana yang dikatakan oleh syeikh Muhammad.

Selepas beberapa tahun bertungkus lumus dengan tugas ini, kementerian mengutus Muhammad bin Saud kepada kami (mereka menghantarnya kepadaku sebagai utusan) untuk menerangkan tentang perkara tersebut dan mengumumkan wajib bekerjasama dengan dua orang Muhammad, iaitu; dengan pihak Muhammad bin Abdul Wahab perlu kerjasama dari sudut agama, manakala dengan pihak Muhammad al-Saud pula kerjasama dari sudut kuasa pemerintahan. Ini semua bertujuan untuk menguasai hati dan tubuh umat Islam. Sejarah telah mencatitkan bahawa kerajaan-kerajaan berunsur keagamaan lebih berperanan dan lebih selamat serta lebih dari segi kerahiban.

Begini caranya dan dengan demikian, pihak kami menjadi semakin kuat. Kami juga menggunakan (perisai) ibukota untuk pemerintahan dan agama baru. Kementerian turut menyediakan sejumlah wang yang mencukupi secara rahsia kepada kerajaan. Pada zahirnya, kerajaan baru telah membeli sebilangan besar para hamba yang mana mereka sebenarnya merupakan para pengawal kementerian yang terpilih (terbaik). Mereka juga telah terlatih dengan bahasa Arab dan corak peperangan di padang pasir. Mereka (bilangan mereka 11 orang) dan aku, kami bekerjasama mengatur beberapa perancangan yang telah ditetapkan. Dalam pada itu, Muhammad bin Abdul Wahab dan Muhammad al-Saud turut berperanan sebagaimana yang telah kami aturkan kepada mereka berdua daripada segala perancangan kami. Jika tidak ada sebarang arahan khas secara langsung daripada kementerian, kebanyakkan apa yang kami perbincangkan tentang satu perkara merupakan satu perbincangan bertopik (ilmiah).

Kami telah mengahwini ramai gadis-gadis daripada pelbagai kalangan puak dan kabilah. Kami begitu kagum dengan keikhlasan seorang wanita muslimah terhadap suaminya. Lantaran ini, aku semakin banyak menjalinkan hubungan antara kami dan semua puak-puak kabilah. Sekarang hubungan kami semakin bertambah baik. Malah penumpuan ke arahnya semakin kuat dari ke hari. Sekiranya tidak berlaku sebarang bencana secara mengejut, maka sudah pasti biji benih yang baik dapat ditanam agar subur dan terus subur sehinggalah muncul buah-buahan yang diharapkan.

2/1/1973

Rujukan : Buku Perancangan Perisik British Dalam Menghancurkan Negara Islam (Memo Mr.Hampery), terjemahan oleh : Hydzelan Bin Hj Hashim m/s 102-106

والله أعلم